Pages

Sunday 15 January 2012

seputih kalbus sebiru langit


hari-2 yang berlalu tanpa sedar kita akan melangkah ke satu tapak yang menuju jauhnya perjalanan hidup.. tanpa sedar kita nie ciptaan yang sebaik2 kejadian..:) gembira derita suka dan duka banyak tertoreh sebagai lukisan hidup..hari demi hari aku menikmati hidup yang kadang berhiaskan kuntuman bunga-2 mewangi kadang terpijak duri yang bersepah..itulah hidup.. aku bersyukur sepanjang hari ini aku masih bernafas dan menikmati hidup..tapi tak terdaya untuk aku duga untuk hari esok.. insyallah ALLAH pinjamkan nikmat itu..:)

Allah berkata 
 "Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda dengan nikmat pemberian-Nya"
surah Al-Bayyinah, ayat 8   

 Insyallah dengan aturan Allah Esok aku akan pulang ke rumah semoga perjalanan ku selamat dan dilindungi..
mugkin kali nie terakhir sebelum cuti..esok paper last sains sosial.. wish me luck..^___^.. balik ini aku merancang untuk berkerja sebagai isian  masa.. tapi aku hanya merancang semoga aktiviti aku berjalan :D 

time makan tengah hari tadi ditemani 2 makhluk Allah.. sesungguhnya godaan Syaitan itu kuat..padang kanan pandang kiri semua orang rancak berbual dengan pasangan masing-2.. ada yang sedang makan ada yang sedang gelak ketawa mcm-2 reaksi ternyata mereka bahagia...Ya Allah sesungguhnya hati ku kata-2 ad 1 soalan "kenapa saat ini aku x seperti mereka?" Astafurullahalazim...Wahai hati ku yang lembut  biarlah kamu sendiri sabarlah bila da tiba saatnya kamu juga seperti mereka yang pasti itu halal buat mu..:)

Ilmu Allah itu luas.. kadang2 tak terbatas luasnya.. jarang direnung oleh akal dan pikiran manusia..Biarlah malu menjadi perisai hidupKU...
Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

cukup laa renungan diri ini..:)

catatan:

Jika tiada halangan, diri ini ingin berkunjung ke rumah saudara...sekiranya diri ini tak sampai mohon maaf.. (nanti saya col mak k) mungkin pertemuan itu di ganti dengan hari yang mendatang.. Insyallah panjang umur bertemu lagi.. salam sayang buat semua.. diri ini sentiasa merindui diri mu :)

No comments:

Post a Comment